Wednesday 27 February 2013

Esok hari terakhir aku bekerja

Esok hari terakhir aku bekerja... Rasa sedih sgt nak tgglkan tempat kerja n kawan2 semua.. Terutama sahabat karib ku berdua... Berat hati ini nak pergi meninggalkan mereka. Tapi aku harus pergi jua.. sebab hubby tggl jauh x larat nak berulang alik.. duit habis.. kereta pun rosak.. Memang sedih la.. Esok tentunya semua sedih... sebab saya la peyeri tempat kerja... riuh rendah klau saya ada di sana. 1 march 2013 mereka akan merasa kesunyian.. akan rasa kehilangan.. yg paling sedih kawan saya berdua tu la..Saya sangat sedih la nak tgglkan mereka.. kerana saya suka kerja kat sana enjoy.. ada suka ada duka... mesti semua tu ada.. tp x penah simpan dalam hati.. Lunch time bersama, shopping, hobby kumpul stemp semuanya buat bersama. Last sekali sebelum berhenti kami pergi makan angin kat hatyai.. memang enjoy gila.. tidur 3 org 1 bilik hotel Lee Garden memang best gila... kenangan semuanya yg x akan ku lupakan. Esok Eng saya bawak saya pergi belanja makan, rasa diri ini di hargai... semua kwn lain pun datang jumpa saya...  bestkan... keluar juga air mata aku td... hati ini terusik jua... selamat tggl kawan2.. Bila saya blk kita jumpa ya...


Saya akan tetap merindui kawan semua...




Sunday 24 February 2013

Tgh Malam yg hening

Selamat malam semua.. Entry saya malam ni saya x blh tidur sebab terlebih tidur siang td... emmm.. apa yg saya blh bt ceoteh la dalam blog sorg diri. Nak bercakap dgn huuby dia outstation plk. Tggl la saya sorg diri di rumah apa lg layan blog je la... dah la esok nak bgn awal nak blk kerja kat penang. Lagi 4 hr je.. lepas ni saya jd house wife sepenuh masa... mtk2 saya selamat sampai penang esok. Sebab biasa terjadi benda yg x di ingini belaku keatas diri ini. Pada suatu pagi nak blk ke Penang kerja terjadinya pecah tayar di lebuh raya utara selatan, masa tu saya tengah laju dlm 110km, bas ekpress baru potong je kereta saya dgn lori byk. Apa lagi melelong2 la kereta, bersyukur sanggat Allah melindungi diri ku dari musibah ini. Saya berhenti ketepi jln dgn gelap hutan pekat sorg diri xtau nak bt apa. Terus col hubby, than hubby suh col plus tgk dekat belakang kad no telepon terus col. bila dah bercakap dgn org plus saya bgtau terus la saya takut sorg kat sini, diorg pesan kunci pintu, kalau ada org nak tlg jgn buka pintu kecuali org plus. Alhamdulillah x sampai 5 minit peronda plus lalu dekat situ lega rasa hati n diorg bgtau hairan tgk kereta saya berhenti kat lorong kecemasan mesti ada yg x kena.. diorg bunyikan sairen n datang dekat saya baru saya buka pintu setelah di perkenalkan. saya bgtau le yg tayar kereta saya pecah n diorg tolg tukarkan dgn tayar spare. diorg bgtau diorg xdapat laporan apa2 lg, kebetulan diorg baru masuk shif pg n bt rondaan sekitar tol kuala ke sg perak. Memang saya pujilah kecekapan plus ni.. memang terbaik. terima kasih abg2 plus 2 org tu kerana bersusah payah tolong tukarkan tayar di tgh2 hutan gelap gulita itu.. terima kasih sekali lagi kepada abg2 plus berdua n plus... saya pun terus memandu dgn kelajuan yg minima iaitu 80km shj.. Pada pukul 9am saya selamat sampai ketempat kerja... Jd di sini saya hendak mengigatkan pemandu2 yg kerap blk waktu pg untuk ke tempat kerja cubalah check kereta anda dahulu spt myk hitam, tayar n sebangainya supaya pejalanan kita lancar..Hp sentisa ada credit klau jd apa2 kita blh col. Kita pun x tahu benda nak jadi spt saya, saya selalu service kereta sebelum perjalanan jauh.. tp klau nak jd, jd juga. so berhati2 di jalan raya, jgn main hp ketika memandu. ok lah mata pun mula terasa mengantuk dah esok x jg pulak pagi.. ok lah ya selamat malam..

Beginilah tayar kereta saya yg pecah tempoh hari.. terukkan



Saturday 23 February 2013

Weekend


Assalammualaikum.. bt semua kwn2 alam maya, apa khabar. Harap ceria di pagi ahad ini bersama family tercinta. mungkin anda semua dah sarapan pagi dgn menu2 istimewa yg telah disediakan. Saya pun telah siapkan juadah n dah sarapan bersama hubby tercinta. Menunye simple je cucur jawa yg telah di adun siap oleh kakak ipar yg datang bertandang kerumah saya kemarin. Ini dia rupa cucur jawa saya .




 hehehe.. mungkin saya xpandai cara teknik nak menggoreng x berapa nak jd mcm kakak ipar bt. munkin kalau kakak ipar yg menggorengnya lg cantik la hasilnya kerana dia yg selalu bt benda ni. Habis sarapan hubby pun dah pg kerja, saya pun apa lg tgk blog le.. hehehe... bestkan duduk saja kat rmh.. Cerita tentang hubby, dia ni terlalu sibuk tambah2 dekat nak mengundi ni sabtu ahad pun kerja,  nak bt mcm mana kerana tugas.. nak mencari rezeki yg halal bt keluarga.. Rumah ku Syurga ku... Hubby seorg yg bertanggungjawap, semua keperluan rmh di sediakan cukup.. Aku bersyukur pada mu ya Allah engkau yg telah memberi rezeki yg melimpah ruah utk kami dan aku mendapat jodoh yg sempurna, amin2. Cuma kami x de cahaya mata lagi je, yg lain semua lengkap. Mungkin Allah nak menduga kami sikit tentang itu supaya belajar bersabar, kami redha ya Allah, oklah setakat ini dulu ye nanti.. petang sambung lagi.

Bertemu kembali....

Assalammualaikum, selamat malam apakhabar semua.. saya baru sampai ipoh.. pejalanan yg meletihkan... blk dr kerja pukul 5pm terus blk ke ipoh.. bwk kereta menagantuk sangat, saya berhenti dekat perhentian bukit merah tidur sekejap.. kemudian sambung blk bwk kereta sampai ipoh singgah sat kat mydin.. saja beli brg sikit.. sampai rmh tudia rumah mcm tongkang pecah... hihihi... ambik kau.. dah le penat drive dr penang ke ipoh. sampai rumah letih sgt.. oklah saya nak rehat nanti kita sambung lagi.. good night..

Friday 22 February 2013

Selamat Datang ke blogger acikmawar

Salam Pekenalan bt rakan2 alam maya... hari ini hari pertama saya masuk ke blogger ini. Bt rakan alam maya sudi2 la menjenguk blog saya ya.. Saya seronok nak berkongsi cerita n resepi.. jika ada salah silap tlg perbetulkan ya..
sebabnya saya btkan blog ini cuma hendak mengisi masa lapang saya je.. sebab 28hb feb 2013, saya akan bergelar surirumah sepenuh masa.. saya telah meletak jawatan saya di salah sebuah syarikat swasta di penang n megikut suami yg bekerja di badan kerajaan di Ipoh Perak. So duduk saja la di rumah, jd surirumah sepenuh masa. Makan semua org tanggung... hehehe bestkan.. buat kawan yg masih berkerja selamat bekerja.. rajin2 la bekerja.. sedih juga nak tinggal kau org semua. Pada duduk saja kat rmh baik saya cipta blogger kat sini.. dapat juga kawan2 kat blogger yg blh betukar2 pendapatkan. terbuka la sikit minda tu... oklah saya stop dulu kat sini nanti kita cerita2 lagi kat sini...