Thursday 25 April 2013

Serawa Pisang




sedap ni sebangai pencuci mulut... emm.. manisan turun temurun.. mulut nak makan yg manis2.. terigat ibu dulu selalu bt sebagai pencuci mulut.. memang sedap dan puas..

Bahan2

10 biji Pisang Raja
300ml Santan Pekat
100ml Air
2 camb Sagu randam sebentar biar kembang dan tapis
1/2 cawan Gula Merah masak dgn 1/2 cawan air dan tapis
1 cawan Gula Pasir
sedikit garam
1 helai daun pandan di simpulkan

Cara

1. Campurkan santan, air, sagu, air gula merah, gula pasir dan daun pandan masak atas api sederhana dan sentiasa kacau jgn bagi merwap ya nanti x cantik santan pecah minyak
2. Setelah sagu masak, masukkan pisang dan sedikit garam..
3. masak sebentar, sentiasa kacau pelahan2 dan nampak dah masak angkat sedia untuk di hidang..

Kuih Kaswi Pandan

Kuih Kaswi Pandam




Bila duduk saja2 mesti teringat nak makan macam2... tercetus la idea petang ini nak bt kuih kaswi pulak utk juadah minum petang.. pergi dekat dapur tgk bahan semua ada apa lagi.. projek berjalan lancar le.. hehehe.. jdlah kuih ni.. sedap bila minum bersama air teh.. wangi kuih kaswi pandan ni.. cuba la..

Bahan2

1 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Tepung Beras
1/2 Cawan Tepung Ubi
5 Cawan Air
1 1/2 Cawan Gula Pasir
sedikit air kapur ( saya x masukkan pun sama juga rasanya. saya x suka kapur)

kelapa parut ( saya kukus sebentar kelapa itu)
sedikit garam


Cara

1. Masak gula bersama 5 cawan air sehingga gula larut, biar sejuk sebentar
2. Panaskan pengukus dan sapu loyang berukuran 8x8 dgn sedikit myk supaya x melekit
3. Campurkan ketiga2 tepung dan masukan air gula yg telah sejuk, kacau sebati
4. Tapis bancuhan tepung tadi supaya dapat hasil bancuhan yg tidak berketul.
5. Masukkan bacuhan td kedalam loyang dan terus kukus selama 45minit.
6. Setelah masak sejukkan dahulu baru potong n golekkan dgn kelapa parut yg di campur dgn sedikit garam.

Sunday 14 April 2013

Talam Ubi Kayu

Talam Ubi Kayu




Hehehe.. Jadi x.. percubaan yg pertama.. resepi dr blog Bdaria. Bdaria bt lagi cantik. Tapi alhamdulillah jadi juga.. Kena ikut betul resepi itu insyaallah jd.

Bahan2

Lapisan Bawah
700gm Ubi Kayu
100ml Santan Pekat
300 ml Air
250gm Gula
Sedikit Pewarna Kuning

Cara
1. Sediakan pegukus, gunakan loyang 9 x 9 lapik loyang dgn plastik putih yang bunkus nasi supaya senang kita nak keluarkan kuih bila masa nanti.
2.Campurkan kesemua bahan lapisan bawah n masak atas api hingga pekat.
3. Tuangkan kedalam loyang yang di lapik dgn plastik n kukus 25mint

Lapisan Atas

100gm Tepung Beras
50gm Tepung Ubi
50gm Tepung Gandum
2 Tsp Garam
200ml Santan Pekat
800ml Air

Cara

1. Masukkan semua bahan tapis dalam periuk masak sampai pekat tuuang dalam pengukus tadi utk lapisan atas.
2. Kukus lagi 30minit
3. Dah masak biarkan sejuk baru keluarkan dr loyang tarik dgn plastik senangkan x melekat dekat loyang. Ini la hasilnya, sejuk baru potong.


Murtabak Kacang Dal

Murtabak Kacang Dal


Assalammualaikum.. Maaf la baru kali ini saya berkesempatan nak masuk kan resepi ini.. saya dah bt murtabak ni dr mggu lepas lagi.. oleh kerana kesibukan hal2 peribadi yg x dapat di elakkan.. saya terpaksa la menangguhkannya dahulu..  Hari ini baru la ada kelapangan utk masukan resepi... saja saya buatkan murtabak utk minum petang bersama hubby.. teringat pulak nak makan murtabak. jadi juga murtabak hehehe.. yg sebenarnya murtabak ni blh klau nak di tukarkan dgn inti sardin, daging atau ayam.. biasa la tu..
Sedap juga utk layan petang makan dgn nescafe atau teh o panas.. ini resepi yg paling senang je..


Bahan2 utk kulitnya..

Kulit Murtabak saya beli je kat kedai mamak 4 ketul senangkan..

Inti Murtabak

1 Cawan Kacang Dal rendam 1/2 jam n rebus bg lembut.
2 Labu Bawang Besar di hiris halus
4 Biji Telur ( 1 kulit roti 1 biji telur, 4 biji kulit murtabak 4 biji telur)
2 Pokok Daun Bawang di potong halus
Sedikit Garam

Cara2

1. Kacang Dal, bawang yg di hiris halus, daun bawang di campur sekali
2. Masukkan telur, garam pukul semua sekali sebati je.. bahagi 4 bahagian.
3. Tebarkan doh roti canai, tarik sampai nipis.. letakkan inti.


4. Lipat kan doh tadi mcm ni..


5. Gorengkan di atas kuali yg leper dgn api yg sederhana hingga betul masak..


Selamat Mencuba..