Sunday 14 April 2013

Murtabak Kacang Dal

Murtabak Kacang Dal


Assalammualaikum.. Maaf la baru kali ini saya berkesempatan nak masuk kan resepi ini.. saya dah bt murtabak ni dr mggu lepas lagi.. oleh kerana kesibukan hal2 peribadi yg x dapat di elakkan.. saya terpaksa la menangguhkannya dahulu..  Hari ini baru la ada kelapangan utk masukan resepi... saja saya buatkan murtabak utk minum petang bersama hubby.. teringat pulak nak makan murtabak. jadi juga murtabak hehehe.. yg sebenarnya murtabak ni blh klau nak di tukarkan dgn inti sardin, daging atau ayam.. biasa la tu..
Sedap juga utk layan petang makan dgn nescafe atau teh o panas.. ini resepi yg paling senang je..


Bahan2 utk kulitnya..

Kulit Murtabak saya beli je kat kedai mamak 4 ketul senangkan..

Inti Murtabak

1 Cawan Kacang Dal rendam 1/2 jam n rebus bg lembut.
2 Labu Bawang Besar di hiris halus
4 Biji Telur ( 1 kulit roti 1 biji telur, 4 biji kulit murtabak 4 biji telur)
2 Pokok Daun Bawang di potong halus
Sedikit Garam

Cara2

1. Kacang Dal, bawang yg di hiris halus, daun bawang di campur sekali
2. Masukkan telur, garam pukul semua sekali sebati je.. bahagi 4 bahagian.
3. Tebarkan doh roti canai, tarik sampai nipis.. letakkan inti.


4. Lipat kan doh tadi mcm ni..


5. Gorengkan di atas kuali yg leper dgn api yg sederhana hingga betul masak..


Selamat Mencuba..









No comments:

Post a Comment