Wednesday 20 March 2013

Rasem Podi

RASEM PODI
Assalammualaikum.. entry saya kalini rasem podi.. hihihi.. apabila anak banggali teringat nak makan rasem begini la jadinya.. dulu kalau kat penang teringat nak makan rasem.. pe restoran nasi kandar Tajjudin emm sedap.. ni la kami nak banggali suka masakan rempah ratus dr penang. Terigat dulu arwah mak masak rasem sedap sgt... dia letak ikan talang yg di goreng dahulu.. tapi saya letak telur je.. lepastu saya tgk satu blog ni dia letak kacang bendi nampak sedap pulak.. Saya cuba.. emm ok jugak ini satu perubahan.. first time cuba bt rasem n first time juga mkn rasem yg masukkan kacang bendi...

Bahan2..

2biji Telur
2biji Bawang Besar
2biji Bawang Putih
2Sudu Besar Rempah Rasem ( ada jual kat mydin yg timbang atau babas pun ada)
1inci Halia
4biji Bendi
1biji Buah Tomato
Daun Kari
3Tangkai Cabai Kering
Air asam jawa
sedikit garam

Cara..

1. Kisar 1Biji bawang besar, bawang putih, halia dan rempah rasem.
2. Tumis bahan kisar sampai rampah masak
3. Masuk air asam dan sedikit garam
4. Kuah mendidih pecahkan telur dlm kuah biar mendidih (nak masuk ikan talang kering pun blh lg sedap tp goreng dulu ikan tu ya)
5. Masukkan kacang bendi biar sebentar
6. Masukkan buah tomato potong dadu siap tutup api.
7. Goreng asing 1 biji bawang goreng, cili kering n daun kari sampai kuning curah atas kuah..
8. Siap untuk di hidang..

Tuesday 19 March 2013

Serimuka Pandan






Assalammualaikum.. akhirnya jd juga serimuka pandan ku ini.. Petang semalam masuk dapur tgk pulut ada santan n telur pun ada.. Fikir2 bt serimukalah cuba tgk jd tak.. hehehe.. emm.. jd juga hubby ckp dia makan sedap... alhamdulillah.. x rugi belajar masak bila hasilnya menjadi.. kalau nak cuba ikut betul2 adunan ini memang jadi.. satu lagi jgn potong panas2 ya.. bila kuih ni dah masak jgn biar tertutup dlm periuk kukus angkat tudung periuk biar dia terbuka n sejuk dahulu baru potong..



Bahan2

Bahagian bawah

2 Cawan Beras Pulut
250ml Santan Cair (saya guna santan yg di jual kat mydin packing plastik color hijau siap bau pandan wangi)
sedikit garam

Cara..
1. Kukus pulut dgn santan n sedikit garam bg dia rasa lemak2 hingga masak dalam loyang 8x8.
2. Bila pulut masak tekan2kan sikit pulut tu..

Bahagian Atas

300ml Pati Santan (guna santan kat mydin juga siap bau pandan wangi)
4biji Telur
5sudu besar Gula Pasir
3sudu besar Tepung Gandum
1sudu besar  Tepung Jagung
sedikit pewarna hijau
sedikit garam

Cara..
1. Blen semua sekali bahan tadi n masak atas api sampai pekat n angkat
2. kacau bahan tadi samapai lembut n sejuk sikit jgn tggl teus takut keras..
3. Tuang atas pulut yg di dalam periuk kukus n kukus selama 30 minit.

Inilah hasilnya..









Note; jgn telalu lama kukus takut kepalanya berair..
          Ikut betul2 bahan2 ni.. insyaallah jd..






Sunday 17 March 2013

Kuih Lapis Ubi Kayu




Kuih ni saya dah bt 2 mggu sudah tp x berkesempatan nak load.. Hari ni baru free.. Kuih ni sesuai untuk minum petang. Dah terlanjur saya kat kebun hari tu masa blk penang, saya tgk pokok ubi kayu dah blh makan hasilnya so saya suh abg saya cabutkan ubi kayu yg cantik2.. memang cantik dan gebu..Satu lagi petua kalau x nak ubi tu pahit, jangan ambil pucuknya bt ulam ya.. Nanti ubinya akan menjadi pahit x blh makan langsung.. dah telanjur ambik ubi kayu, teringat pulak nak makan kuih lapis ubi kayu dgn kelapa. Rasanya dah lama x makan kuih ni.. hidangan ni blh di makan rami..

Bahan2nya

4 Cawan Ubi Kayu di sagat n di perah buang airnya sayu bayah air ambil ya..
1 Cawan Gula
2 1/2 cawan Pati Santan
Pewarna
kelapa parut
Sedikit garam 

Cara2nya

1. Panaskan periuk kukus
2. Ubi kayu, gula dan santan digaul semuanya  dan bahagikan 4 bahagian letakan warna


2. Kukus selapis2 dlm, angaran 1 lapis 15minit.. gunakan loyang 8x8 hingga habis..


3. Akhir sekali bila sejuk baru potong dan gaulkan dgn kelapa parut yang telah di gaulkan dgn sedikit garam..


Selamat mencuba..

Sri Ayu




APOM SRI AYU



 Assalammualaikum, entry saya kali ni adalah apom sri ayu. terigat pulak nak bt sri ayu.. Yg seronoknya jd pulak tu. Dgn rasa gembira saya bg kat jiran2 merasa. Xsalahkan kerana makanan itu berlebihan. Kalau nak ikutkan saya dgn hubby x habis makan pun.. apa salahnya makanan itu di berikan kepada jiran2kan sedikit rezeki yg berlebih itu.  Adunan ni byk blh dapat dlm 50biji. Tp kena ikut betul2 adunan ini ya. Satu lagi kelapa saya kukus asing, x masukkan sekali . Bila masak baru saya letakkan di tgh2 lubang kuih..

Apom Sri Ayu
Anggaran 50biji

Bahan2

2 1/2 Cawan Gula Halus (kalau xnak manis kurangkan, bg saya ok dah sukatan gula tu)
2 1/2 Cawan Pati Santan
5 Cawan Tepung Naik Sendiri
6 Biji Telur
1 Camca Teh Ovellate
10 Helai Daun Pandan (blen dgn kelapa untuk di jadikan pati santan 2 1/2 cawan ya..)
Kelapa Parut 
Sedikit garam

Cara2nya

1. Panaskan kukus n acuan yang telah di sapukan dgn minyak


2. Pukul gula, telur dan ovellate hingga kembang...


3. Masukkan santan pelan2, pukul lagi hingga kembang




4. Masukkan Tepung dan kacau rata...




5. Masukkan ke dalam acuan sampai penuh ya.. dan kukus 15 hingga 20 minit hingga masak..


6. Inilah Hasilnya


Selamt mencuba..

Saturday 16 March 2013

Solok Lada

Entry saya kali ni terigat pulak nak bt solok lada, hari ni buka peti ais tgk bahan byk lada hijau pun byk. Kelapa pun ada..  ikan kembung pun ada.. Saya guna ikan kembung je.. tu pun jd juga... hehehe..




Solok Lada
Hidangan utk 4 org...

Bahan2

10 tangkai Lada Hijau ( dibuang biji)
3 ulas Bawang Putih ( Di tumbuk)
1 ulas Bawang Besar( Di tumbuk)
10 Biji Lada Hitam ( Di tumbuk)
1 cawan Kelapa Parut
3 Ekor Ikan Kembung ( Di tumbuk)
Sedikit Garam n Gula

Sedikit Santan Pekat
2 Cawan Santan Cair

Cara2

1. Rebus ikan kembung..

2. Tumbukkan bawang putih, bawang besar, lada hitam, isi ikan n kelapa parut.gaul semua.. n masukan      garam n santan pekat sedikit gaul semuanya..

3. Sumbatkan ke dalam lada penuh2 pun xpa..

4. Begini saya sumbat penuh hehehe..

5. Letakan ke dalam periuk dan masukkan santan cair masukkan sedikit garam n gula

6. Rebuskan 10 hingga 15minit.. agak2 sampai lembut lada tu sedap sikit makan..


Selamat mencuba

Thursday 7 March 2013

Penang

Hari ini nak blk penang, blh la tgk abah n jumpa kawan2 yg di rindui.. Penang oh Penang

Waffle

Entry saya hari ini bt minum petang bersama hubby yg baru blk kerja.. Rasa klau kita beli d tesco or supermarket lain mesti sekeping dah rm3.00. Klau kita bt sendiri untuk juadah anak hah berbalui, dia punya adunan pun x sampai rm5.00 buluh makan 1 family. Mcm perisa jem, sekaya, coklat n berbangai perisa blh letak.. saya pun baru first time buat, bila jd rasa seronok pulak, hubby ckp jadi.. seronok la hati ni..


Bahan2 utk 2 3 org mkan

12 sudu penuh tepung gandum biasa
1 Cwn Susu cair
1 Cwn Air biasa
2 Biji Telur Ayam
1 Sudu Gula
2 Sudu Teh Baking powder
3 camca besar butter di cairkan
sedikit garam
esen vanila

Cara2nya

1. Campurkan kesemua bahan kecuali air biasa ke dlm blend

2. Blend semua n masuk air sedikit2 hingga agak kepekatan adunan. biarka sebentar antara 10 hingga 20 minit..


3. Panaskan waffle maker sapukan dgn butter sikit, sendukkan adunan kedalam acuan.




4. Biarkan sebentar dlm 30saat baru tutup..




5. Ini la hasilnya, keluarkan, boleh la di sapu waffle ngan butter n jem atau sekaya...



Selamat mencuba..

waffle maker

Cerita tentang waffle ni dah lama tunggu, product ni laris kat jusco habis, kat mydin habis. Out of stok memang laris gila. penang habis, ipoh habis.. bak kata memang laris.. senang nak buat kat rmh.. 
mcm ni la rupa waffle ni... kat Mydin murah je cuma rm59.90 je.






Masak Lemak Ketam

Entry saya kali ni adalah masak lemak ketam..pergi jalan kat maydin td tujuan nak pergi beli waffle maker dah beli yg itu saja turun bawah tgk ikan2, ketam semuanya segar2.. Bila tgk Ketam yang segar2 teringat pulak masak lemak ketam.. terus ambik plastik pilih yg besar2 x la mahal sgt cuma rm14 je.. mula la cr bahan. saya pun dah lama x masak sejak kerja ni,.. tp dah jd surirumah sepenuh masa dah saja nak masak2 blk ni.



Makan utk 2org

Bahan2

3 Ekor Ketam saiz besar
1/2 cawan pati santan
1 Cawan santan cair
1 Biji Nenas di buang kulit
*1 Biji Bawang Besar
*3 Ulas Bawang Putih
*10 Biji Cili Padi
*20 Ekor ikan bilis bg rasa2 manis
minyak utk menumis, sedikit garam

Caranya Mudah saja..

1. Blend bahan yg bertanda *

2. Panaskan periuk masukkan minyak tumis bahan2 yg di blend td, tumis hingga hilang bau (saya suka tumis          
    masak lemak mcm ni sebab bila makan nanti x la bau hamis bawang tu, klau x pecaya cuba bt)

3. Masukkan santan cair biar didih, masukkan garam biar dia rasi dgn kuah.

4. Masukkan ketam biar didih, masukkan nenas

5. Masukkan santan pekat biarkan masak 15 minit. Angkat sedia utk di makan.

Selamat mencuba




Tentang Arwah Mak tersayang

Cerita tentang Arwah mak, mak ni sangat sayang anak2 dia... kami pun sayang mak. Makan minum pakaian anak2 n abah x pernah terabai. Mak sediakan untuk anak2..bila dia sakit kami jg dia sepenuh hati. Macam2 sakit, darah tinggi, kencing manis, patah kaki kanan kiri n yg paling teruk sekali Jantung tersumbat 3x masuk hospital buat ingeogram. 2x masuk hospital kerana patah kaki kiri n kanan. Patah kaki kanan terus membawa maut. Besi di kaki kanannya mendapat jankitan kuman akibat ksrew tekeluar... saya memang x sangka sungguh mak pergi kerana jangkitan kuman telah berjangkit di bahagian organnya.. memang doktor dah bgtau mak xdak harapan nak hidup... Mula terjadi jangkitan kuman skrew mak terkeluar.. Mak mula sakit bahagian paha, demam2. Masa tu saya nak blk ipoh, tp hati ni dok ingat mak saja.. Hari jumaat nak blk ipoh saya ambik half day blk tgk mak dulu, tnya mak mcm mana mak ok ke saya nak blk ipoh, dia ckp ok, so saya blk dgn kakak ipar masa tu kakak ipar pun sakit dok jalani terapi di mount merium kerana sakit kenser. Masa bwk kereta ht ni ingat mak x tenang langsung. sampai rumah terus col mak mak ckp dia demam. Lepas tu saya suruh adik bwk mak pergi hospital, tp masa tu mak xnak pergi..

Pada hari ahad mungkin mak x tahan lagi, dia col saya lagi bgtau dia xtahan nak pergi hospital. Saya col abg suruh pergi tengok mak , diorg col ambuland pergi hospital hari ahad petang. Saya dr ipoh terus ke hospital, kesian tgk mak sorg2, sampai masih teringat mak..  malas la nak cerita tentang hal adik beradik ni.. masing ada anak laki,  xpa tggu sampai mak admid kat wad, doctor ckp mak ada jangkitan kuman dekat besi paha sebelah kanan yg membawa maut..

masuk wad mak sembang mcm biasa lagi.. pg tu doctor pakar yg oprt masukkan besi mak datang tgk.. dia ckp xdak apa sebulan dua baik la.. tp doctor emergency ckp ada jangkitan.. xpa dia recman 1 ubat ckp kalsium untuk tulang.. 2 3 hr pakai ubat tu mak dah x sedar xblh buka mata.. doktor tu dia recman ubat apa xtau.. I ckp kami nak stop ubat ni xnak ambik dah.. doktor ckp ok.. lepas tu dia pun xtau sebab apa mak jd mcm tu xblh buka mata.. saya tunjuk paha mak ada nanah ini ada jangkitan dia ckp ok nak oprt.. sampai dah panggil doktor jantung dah check jantung semua ok.. x buka mata jg.. mcm mana nak oprt.. doctor suh blk dia ckp xda sakit apa. Saya dok ingat dlm hati gila ka doktor ni, nak suh bwk keluar.. mula nak bawak keluar lepas tu ingat klau bwk keluar mcm mana nak urus kat rmh.. berubat la mak kat sini sampai baik..Sampai pggil doktor pakar org tua.. pun x tau sebab apa puncanya.. Punca sebab mak xmai appoinment sebab tu kot dia xmau bt. kuman dah melarat sampai seluruh badan semua organ dah x berfungsi.. Mak terpaksa di masukkan di ICU, mlm tu kami terpaksa blk rmh pukul 2 am hopital col cakap mak tenat diorg nak masukkan penapasan ikut mulut.. saya ckp u bt yg terbaik, janji mak ok. Kami pergi tgh malam tu tgk mak dah ok nampak tenang sgt. Baru doktor tu nak oprt, dia pun nampak ketar juga lutut, kerana ini melibatkan nyawa. klau dia oprt awal buang besi tu mungkin mak masih hidup. Dah sampai masa kot.. kami redha, dah telambat klau bt pun doktor ICU, Dr Low n Dr Lim ckp kesihatan mak agak tenat n 2 3 hari lagi saja jangka dia.. dr Pakar Bius pun xnak bt dah.. TP saya n adik beradik lain cp dekat doktor2 semua kami nak berubat mak sampai baik kalau itu kehendak dia nak ambik mak kami redha..

Hr rabu kami semua berasa gembira kerana mak menunjukan riaksi yg positif. Mak mula sedar n doctor ICU pun ckp tempat lukanya mula kemerahan, jika dia beansur baik, doktor akan bt oprt buang besi mak. kami pun mula merasa lega.. Ubat pun dah reduce, oksigen di kurangkan. mungkin itu tanda2 dia nak bagi hati kami lega sekejap.. Abg yg sulung ,aku n adik saja yg dok jaga mak...

Khamis, mak mak jd kejang pulak n tenat kami terpaksa menyuruh masjid membuat bacaan yassin 3 malam.. kami pun x behenti di hospital membaca yassin bt mak..

Hari sabtu mak demam kesihatan mula merudum.. hospital coll bgtau.. darah mak x stabil oksigen di naikkan semula.. ubat di tambah kembali, mula hati ini menjadi gelisah.. air kencing mula turun byk.

Ahad kesihatan mak pelan merudum darah pelan turun.. tggl la aku n adik yg menjaga.. abg yg sulung blk nak kerja katanya, tp dia pun dah jg mak seminggu.. abg yg no 2 jaga abah kat rmh.  Masa hayat mak dia yg menjaganya bg mandi, makan n siap mak tempat tidur semua dia.. saya hanya bt waktu pg saja sebelum pergi kerja, tukar pempers.. basuh kencing.. sedia minum pagi utknya n abah sebab nak makan ubat nanti..aku n adik bukan tahu bab macam ni, tp masa msk tgk mak aku dah perasan sesuatu atas meja nurs sekeping surat putih doctor dah sign bila2 masa jika cabut wayar2 di badan mak, mak akan pergi meninggalkan kami.. nurs suh blk bincang dgn keluarga. Sampailah petang mungkin allah mengerakkan hati bapa saudara utk melawat mak.. dia tgk memang mak kena bwk blk dah dah xda harapan.. dia ckp jgn siksa mak hampa macam ni lepaskan lah dia pergi.. Kami ckp dekat dia kami xtahu apa2 yg kami rasa mak mungkin blh hidup lg.. lepas tu dia suruh bwk blk la.. kami pun masuk dlm dgn hati yg berat redha la nak bwk blk mak.. ckp kat nurs kami nak bwk blk.. kami dah redha.. coll semua suruh mai.. tgk mak.. saya suruh hubby tggu kat rmh kami akan bwk blk mak.. habis semua urusan kami pun bawak mak naik ambuland.. adik naik besama mak.. tepat jam 5.40pm atas ambuland mak pergi jua meninggalkan kami...cukup 3 minggu mak di hospital. 2 minggu di wad, seminggu di ICU. hari ahad petang mak naik ambuland pergi hospital n hari  ahad petang juga mak kembali dgn tubuh yg kaku.. kami redha.. selesai semua urusan 12.10pm mak di sembahyangkan dgn berimamkan anak lelakinya di masjid permatang damar laut dan telah selamat di semadikan di tanah perkuburan islam permatang damar laut...kami redha mak pergi, kami dah cuba yg terbaik bt mak.. Apa2 pun mak dah selamat di sana. Memang terasa kehilangan mak.. AL-FATIHAH semoga roh mak di cucuri rahmat n ditempatkan di kalangan org2 yg ber iman.. amin2...


kini tggl abah yg menghidap strok yg di jaga oleh abang n adik.. kami sayang abah juga.. anak2 xpenah abaikan abah.. abah di jaga elok oleh abg n adik.. aku blk tgk sebab duduk di ipoh dah.. klau abah nak ikut aku akan bawa dia juga. sebab suami aku baik dia x kisah abah aku duduk dgn aku..

gambar arwah mak tggl kenangan bersama abah tersayang.. kami anak2 mak tetap merindui mak n menyanyangi mak hingga akhir hayat kami sampai akirat.. rindu sangat kat mak..


Friday 1 March 2013

BFF

Cerita tentang BFF ni memang sgt pening kepala dgn kami 3org ni. benda yg di larang yg tu nak bt sgt.. hehehe..Macam budak2, klau bdk2 tu x kisah sangat larang pun x dengar. Ini masing2 dah jd mak budak da... Dlm tempat kerja memang kami berkawan baik 3 org... kemana saja 3 org.. I , Jasmin n Lean Choo. I dgn jamin memang dah kawan lama sejak 20thn yg lalu. Dulu kami pun 3 org juga, I, Jasmin n Salmah. sampai org gelar kami 3 serangkai or 3 stuges...hihihi.. sama juga mesti bt perangai yg pelik2, kemana saja 3 org. Tp mcm ni la jg akhirnya berpisah.. biasa la org tua2 ckp klau berkawan 3 org mesti x kekal lama. Mesti salah sorg terpisah. Kami bukan gaduh ya.. kami saling menghormati persahabatan kami.. Kami berpisah di sebabkan masing dapat VSS iaitu Package skim peberhentian pekerja, sebab masa tu ekonomi tengah gawat.. tahun 2007. Masa tu masing2 membawa haluan sendiri. I x kerja dah duduk di ipoh ikut hubby selama 3 thn, boring sgt anak pun x ada, blk kerja di penang n tggl hubby kat ipoh, i blk kerja di penang di tempat kerja lama. Seminggu sekali kami akan berjumpa.. kebetulan arwah mak n abah sakit so terus duduk kat di penang dr 2010 hingga 2013 la...

 Jasmin pun x kerja juga jd housewife sepenuh masa hubbynya keja di penang, dia pun anak dah umur 13 years sorg tu je.. allah telah memberi rezeki kepadanya di kurnuiakan cahaya mata yg kedua selepas penantian selama 13 thn dapat la Aina batrisha, sampai umur aina 9 bln.. abg sani telah pergi bt selamanya meninggalkan k min dgn 2 anak. Tgh nyeyak tidur pukul 2 or 3 pagi miss col bertalu2 i x sedar dr tidur.. Dekat subuh hubby col ckp  abg sani dah x der.. Sedih sgt mengenangkan nasib kawan i yg sorg ni dgn anak2 yg masih kecil, I terus bergegas blk lepas subuh, sampai penang pukul 10am macam tu, terus ke bilik mayat hopital besar Pulau Pinang.. Sayu sungguh hati aku tgk K min, aku bisik ke telinganya Tabahlah hadapi semua ni.. i x ikut sampai kubur takat hopital saja.. selesai semua kami pun blk n berpisah bt kali kedua hinggala setahun kemudian aku ofer dia kerja dgn aku.. kat rel lab tempat keja lama so kami kerja sama2  hingga i berhenti n dia masih kerja.. kerja la jasmin bela anak2 yg kian membesar. Kalu ada jodoh kawin la Jasmin. Yg pergi tetap pergi jauh..

Salmah skrg kerja kat B Broun entah la dia apa cerita sekarang.. anak dah tambah 5 org kot.. kami masih contact lagi..

Lean Choo.. Kami kenal sejak 3thn yg lalu. kerja kat rel lab.. seronok kawan dgn dia.. dia pun suka kwn dgn kami juga..Dia cina lain pada yang lain, dia sygkan kami, lunch time besama, pergi makan angin bersama. Mak i sakit dia pun mai tgk di hospital juga.. bak kata ingat kenangan kami..Kumpul stemp dan mcm lagi klau nak cerita x habis sampai bila2 pun kan hehehe..

Kawan2 ku sayang kerja elok2 ye.. ada kesempatan i blk penag kita keluar pg lunch sama2 ya.. I will be miss u all semua... huhuhu..





Hari Perpisahan

Salam.. Sedih sgt nak tgglkan tempat kerja... Tapi yg pasti Saya kena tggalkan jua... Akhirnya terpisah jua...Dari pagi masuk tempat kerja, dah mula merasai kesedihan. 8.00am masuk tempat kerja Kak ros dah bg hadiah kenang2an tudung, Lepas tu masuk dr brekfirst kawan pulak bg give lg.. rasa sedih hat ni... lepas tu lunch time 11.30am pulak bos belanja makan. Masuk dalam Salmi bg pulak apom aiscream.. sedap.. kenangan last dah dok tingin lama dah.. Lepas tu jumpa kak na dia bg samething lg... Rasa di hargai.. Sayang sungguh kawan kat saya... Tiba la masa utk berpisah bergambar la ramai.. nanti saya post kat sini.. sedih sgt.. Lean Choo, K min n kwn yg lain.. selamat tggl ada kesempatan  saya blk penang kita jumpa ya.

antara give yg kawan2 bg tanda kenang2an




waffle maker


 hehehe.. steamer trio






tentang apom aiscream pulak Cik mi bt bagi... sedap.. xtau resepi mcm mana bt.. Nanti saya cari. Cantikkan.. gebu., warna yg menarik.